Pada 17 Mei 2019 (Jumaat) , Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Ceramah Agama Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440H/2019M bertempat di Dewan Theatrette,Wisma Negeri, Seremban.

Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu telah dihadiri kira-kira 60 kakitangan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharan Negeri dan kakitangan dari Jabatan lain di Wisma Negeri.

Penceramah jemputan yang telah menyampaikan ceramah iaitu Ustaz Ahmad Azlan bin Raihan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Ceramah tersebut menekankan kepentingan berpuasa dan asal usul kenapa Allah swt mewajibkan kita berpuasa. Penceramah juga menceritakan tentang fadhilat & kelebihan berpuasa.

Majlis tamat pada jam 11.00 pagi diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang majlis berlangsung.