Pada 18 hingga 21 Jun 2019, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri telah menganjurkan Bengkel Retreat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Halatuju Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2020 bertempat di Avillion Legacy Hotel, Melaka. Bengkel ini disertai oleh semua ketua-ketua jabatan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta jabatan persekutuan yang terlibat sama dalam menjalankan inisiatif belanjawan kerajaan negeri. Selain itu, bengkel ini juga turut disertai oleh Exco Kerajaan Negeri serta ahli Dewan Undangan Negeri.

Objektif utama bengkel diadakan adalah untuk melaporkan status pelaksanaan inisiatif belanjawan mengurus dan pembangunan sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Dato’ Deri Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dalam ucapan belanjawan kerajaan negeri tahun 2019. Selain itu, bengkel juga bertujuan untuk mendapatkan percambahan idea baru dalam hala tuju, dasar baru dan program yang perlu dirancang dalam tempoh lima (5) tahun dan dijadikan sebagai asas belanjawan kerajaan negeri.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan terdapat jemputan ceramah yang diadakan oleh Dr Kamari bin Kasan, Pengasas Gerakan Keamanan Iman (Ikhtiar Masyarakat Aman) Majlis Perundingan Islam Malaysia merangkap Pengerusi MAPIM dan YB Tuan Mohd Khidir bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang bengkel berlangsung.