Seramai 49 orang pegawai dan kakitangan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri telah mewakili kontinjen Pejabat Kewangan Negeri (PKwNS) dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Sembilan.

Latihan kawad telah diadakan selama hampir sebulan bermula pada 5 Ogos 2019 selama 2 jam setiap sesi. PKwNS telah melantik jurulatih luar iaitu Sarjan Osman dan Koperal Syaiful Fadzli dari Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem Rasah bagi memberi tunjuk ajar kepada kontinjen PKwNS. Kontinjen PKwNS juga berpeluang menggunakan padang kawad kem sebanyak dua (2) kali untuk berlatih di situ.

Hasil tunjuk ajar daripada jurulatih tersebut, kontinjen PKwNS telah menghasilkan satu formasi kawad kaki semasa Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019 bertempat di Padang MPS, Seremban baru-baru ini.

Sila klik di sini untuk melihat sepanjang program berlangsung.