Bagi memastikan persediaan Perakaunan Akruan dapat direalisasikan dengan lancar pada 1/1/2020, maka kursus iSPEKS telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pedas selama 35 hari bermula 08/10/2019 sehingga 28/11/2019.

Pasukan yang bertanggungjawab bagi memastikan pengetahuan dapat disampaikan dengan berkesan secara hands-on adalah TTSB (Pn Fikriah), BKP, Jabatan Akauntan Negara (En Abd Hakim) dan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan. Diantara modul yang terlibat adalah Modul SAM, Bajet PROC,COM, PT, AC, PY, AR, AP, SL, CM, AIM, INV, GL & LN. Peserta yang terlibat adalah terdiri dari 94 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan lebih kurang 120 orang peserta bagi setiap modul. Kehadiran Peserta amatlah memberangsangkan.

Semoga latihan yang diberikan dapat membantu PTJ bagi persediaan mereka menghadapi Perakaunan Akruan yg akan go-live tidak lama lagi.

Klik di sini untuk melihat gambar sepanjang kursus berlangsung.