Cetak

Pada 9 November 2019 (Sabtu), 8.00 pagi seramai 40 orang pegawai dan kakitangan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri telah mewakili kontinjen Pejabat Kewangan Negeri (PKwNS) dalam Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, Negeri Sembilan di Padang MPS, Seremban.

Tetamu Kehormat Perarakan tersebut adalah DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Turut hadiri YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan dan ketua-ketua jabatan. Perarakan bermula daripada Padang MPS dan berakhir di Padang Sekolah KGV, Seremban. Sepanjang perarakan tersebut diiringi dengan bacaan selawat beramai-ramai ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang dipimpin oleh qasidah jemputan. Seramai 90 kontinjen yang terlibat dalam perarakan tersebut. Perarakan selesai pada pukul 12.00 tengah hari.

Klik di sini untuk melihat gambar sepanjang perarakan berlangsung.