Pada 10 Disember 2019 (Selasa) bertempat di Bilik Sri Merawan, Klana Resort Seremban telah diadakan Bengkel Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2019 dan Penetapan SKT 2020 Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan.

Bengkel yang dihadiri seramai 25 orang termasuk Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Bendahari Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan serta turut dihadiri Pembantu Tadbir (Kew) dan (P/O) Gred 22. Tujuan bengkel ini diadakan bagi membentangkan prestasi pencapaian yang ditetapkan pada tahun 2019 dan juga menetapkan sasaran kerja bagi tahun 2020.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang bengkel berlangsung.