Pada 12 Disember 2019, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengadakan satu Majlis Executive Talk Pasca Belanjawan Tahun 2020. Majlis ini merupakan kesinambungan daripada pembentangan Belanjawan Tahun 2020 bagi Kerajaan Negeri Sembilan yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri besar pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu.

Seramai lebih kurang 1000 orang jemputan yang telah hadir ke majlis tersebut merangkumi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), EXCO, Ketua-ketua Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri, Pengerusi MPKK, Setiausaha MPKK dan pihak media.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum pembentangan daripada YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Khidir bin Majid. Pembentangan tersebut berdasarkan kepada perkara berikut:

i. Objektif
ii. Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030
iii. Melestari Ekonomi
iv. Overview Hasil Negeri Sembilan 2010-2019
v. Big Picture Inisiatif Belanjawan 2020
vi. Pelan tindakan Belajawan 2020

Pembentangan tersebut berlangsung selama lebih kurang dua jam di mana YB Pegawai Kewangan Negeri telah menjelaskan secara terperinci berkaitan tema Belanjawan 2020 iaitu “Melestari Ekonomi, Mensejahtera Rakyat”. Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dan disusuli dengan jamuan makan tengah hari.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang majlis berlangsung.