Cetak

Pada 9 Januari 2020 (Khamis), Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (PKwNS) telah dikunjungi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi sesi libat urus berhubung tatacara perolehan kerajaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri. Wakil daripada pihak Kementerian Kewangan ialah:

1. YBhg. Datin Nik Roslini binti Raja Ismail - Jusa C
Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan
2. YM Raja Khairul Anuar bin Raja Abd Karim – M52
KPSU Perolehan Kerajaan
3. En. Muhamad Asrul bin Abd. Malik – M44
PSU Perolehan Kerajaan
4. En. Mohammad Zahid bin Zainuddin – M41
PSU Perolehan Kerajaan

Tujuan sesi libat urus tersebut adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai skop dan elemen Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan yang bakal dikeluarkan oleh pihak MOF dan pada masa yang sama untuk mendapatkan maklumbalas dan komen daripada pihak Kerjaan Negeri sendiri. Sehubungan dengan itu, Pihak PKwNS telah menjemput beberapa buah jabatan bagi bersama-sama memberi idea dan komen berhubung skop dan elemen (RUU) tersebut bagi membantu pihak MOF lebih memahami konsep perolehan di peringkat Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri di Negeri Sembilan.

Antara jabatan-jabatan yang telah dijemput semasa sesi libat urus tersebut ialah:

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
2. Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan
3. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan
4. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
5. Pejabat DYMM
6. Majlis Perbandaran Seremban
7. Majlis Perbandaran Nilai
8. Majlis Daerah Port Dickson
9. Pejabat Daerah Seremban
10. Pejabat Daerah Port Dickson
11. Pejabat Daerah Kuala Pilah
12. Yayasan Negeri Sembilan
13. Perbadanan Baitulmal
14. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
15. Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Taklimat selama dua jam tersebut telah disampaikan oleh pihak MOF dan berjalan dengan lancar di mana jabatan-jabatan yang dijemput telah memberikan maklumbalas dan pandangan yang baik. Sesi libat urus tersebut tamat pada jam 12.00 tengah hari dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pihak MOF.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang sesi libat urus berlangsung.
Klik di sini untuk muat turun slaid yang berkenaan.