Pada 28 Januari 2020, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah menganjurkan kursus refreshment Modul Gaji Sistem iSPEKS di Bilik Bunga Raya, Wisma Negeri.

Objektif kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna Modul Gaji Sistem iSPEKS di PTJ bagi memastikan proses kunci masuk perubahan gaji bagi kitaran bulan Februari 2020 dapat dibuat dengan betul dan teratur.

Kursus telah dibahagikan kepada dua (2) sesi bagi menampung keperluan 42 PTJ gaji di mana seramai 102 orang telah menghadiri kursus tersebut.

Kursus berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang dan mendapat maklumbalas yang baik daripada para peserta.

 

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang taklimat berlangsung.