Cetak

Taklimat Belanjawan Persekutuan Tahun 2020 Pada 31 Januari 2020 (Jumaat), Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (PKwNS) telah menganjurkan satu program iaitu Taklimat Belanjawan Persekutuan Tahun 2020 yang diadakan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri. Wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ialah:

1. Encik Johan Mahmood Merican
    Pengarah Belanjawan Negara
    Pejabat Belanjawan Negara

2. Puan Noor Alifah binti Norzam
    Ketua Unit Kewangan Negeri

3. Puan Adlin Rafizah binti Ab Rahman
    Ketua Penolong Pengarah Belanjawan

4. Encik Idwan Ariff bin Abdul Rahman
    Ketua Unit Jawatankuasa Khas

5. Cik Suharni binti Mohamed Rosli
    Penolong Pengarah Belanjawan

Taklimat selama dua jam bertajuk “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama” telah disampaikan oleh Encik Johan Mahmood Merican. Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat tambahan berhubung peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2020.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan dihadiri oleh YB EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri, Penyalaras DUN, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri, Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Majlis telah berakhir dengan jayanya pada jam 12.30 tengah hari.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang taklimat berlangsung.