Pada 5 Mac 2020 (Khamis), Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (PKwNS) telah mengadakan Malam Apresiasi Kewangan Tahun 2019 bagi Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang merupakan simbol apresiasi Kerajaan Negeri kepada kecemerlangan pulangan hasil tahun 2019.

Terdapat sebanyak 22 Jabatan Pemungut Hasil Negeri Sembilan yang telah menerima sumbangan berjumlah RM5,000.00 ke RM25,000.00 di mana jumlah keseluruhan sumbangan tersebut adalah sebanyak RM230,000.00 Jabatan-jabatan tersebut adalah:

1. Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban
2. Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson
3. Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol
4. Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu
5. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah
6. Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau
7. Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin
8. Pejabat Daerah Dan Tanah Kecil Gemas
9. Badan Kawal Selia Air, SUKNS
10. Bahagian Perumahan, SUKNS
11. Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri, NS
12. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, NS
13. Jabatan Perhutanan Negeri, NS
14. Jabatan Pengairan Dan Saliran, NS
15. Jabatan Perkhidmatan Veterinar, NS
16. Jabatan Pertanian Negeri, NS
17. Jabatan Kerja Raya, NS
18. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS
19. Jabatan Kehakiman Syariah NS
20. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
21. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN)
22. Polis Diraja Malaysia

Manakala tiga (3) Anugerah Khas turut diberikan kepada Jabatan/Agensi yang terpilih seperti berikut:

1. Kategori Kutipan Hasil Tertinggi( Pentadbiran Tanah dan Daerah)
a) Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban
b) Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson
c) Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau
2. Kategori Kutipan Hasil Tertinggi (Jabatan / Agensi Selain Pentadbiran Tanah)
a) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, NS
b) Badan Kawal Selia Air, SUKNS
c) Bahagian Perumahan, SUKNS

3. Kategori Kutipan Tunggakan Tertinggi
a) Badan Kawal Selia Air, SUKNS
b) Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban
c) Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin

Malam tersebut juga dimeriahkan lagi dengan pelancaran Kit Pegawai Pengawal (Kit PP) dan Pelan Integriti Kewangan (PIKew) yang diterbitkan oleh Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kit PP dan PIKEw tersebut merupakan salah satu inisiatif yang diwujudkan bagi memperkukuhkan integriti dalam tadbir urus pengurusan kewangan selaras dengan Dasar Tumpuan 1:Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan iaitu Pentadbiran Berintegriti.

Malam Apresiasi Kewangan Tahun 2019 berakhir dengan jayanya pada jam 10.30 malam dengan dendangan muzik daripada kumpulan The Potais.

Klik di sini untuk melihat montaj pelancaran Pelan Integriti Kewangan dan Kit Pegawai Pengawal.
Klik di sini untuk melihat gambar sepanjang majlis berlangsung.