Pentadbiran Perbendaharaan Negeri Sembilan telah mengadakan dua sesi perbincangan antara wakil Perbendaharaan dan wakil syarikat Tetha Technologies Sdn Bhd (TTSB) pada 2 Jun 2020 (Selasa) dan 10 Jun 2020(Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Perbendaharaan Negeri Negeri Sembilan.

Seramai lebih kurang 15-20 orang pegawai telah hadir untuk mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan isu log-isu log yang masih dalam tindakan. Perbincangan telah diketuai oleh Penolong Bendahari dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan.