Pentadbiran Perbendaharaan Negeri Sembilan telah mengadakan dua sesi Pengujian UAT/PAT iSPEKS iaitu pada 18 Jun 2020 (Khamis) mengenai BAUCAR BAYARAN MANUAL DI MODUL CM dan pada 30 Jun 2020 (Selasa) mengenai MODUL COM & AIM yang dihadiri seramai hamper 20 orang.

Mereka adalah daripada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan, beberapa orang wakil Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Akauntan Negara dan beberapa orang wakil daripada syarikat Tetha Technologies Sdn Bhd. Pengujian bertujuan mendapat pengesahan daripada wakil-wakil pengguna sebelum modul tersebut boleh di gunapakai oleh semua negeri yang menggunakan sistem iSPEKS.