YB Dato' Haji Mohd Khidir bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Peringkat Negeri Bilangan 4 Bagi Suku Ketiga Tahun 2021. Dalam mesyuarat tersebut YB Pegawai Kewangan Negeri mengingatkan semua Pegawai Pengawal / Ketua Jabatan untuk menjadikan Mesyuarat JPKA Jabatan / Agensi masing-masing sebagai paltform untuk membincangkan mengenai urus tadbir kewangan dan akaun seterusnya menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan perancangan perbelanjaan, perolehan, pembayaran bil, kutipan hasil, pengurusan akaun, stor, aset dan lain-lain selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PS 5.1 - Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun. Dalam mesyuarat yang sama, YB Pegawai Kewangan Negeri turut memberi teguran terhadap Jabatan / Agensi yang menunjukkan prestasi perbelanjaan yang tidak memuaskan sama ada dari segi belanja mengurus atau pembangunan. Namun begitu, dalam usaha Pegawai Pengawal / Ketua Jabatan untuk mengejar sasaran prestasi yang ditetapkan, YB Pegawai Kewangan Negeri memberi ingatan agar usaha tersebut tidak dicemarkan dengan pelanggaran peraturan serta tatacara kewangan yang ditetapkan.
#BersihMuafakatSejahtera
7344922
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1346
2906
4252
7317543
10407
102577
7344922
IP Anda : 44.201.96.43
2022-07-04 02:46
Hubungi Kami Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel : 606-765 9022 Faks : 606-763 6352 E-mel: webmasterpkwns[at]ns[dot]gov[dot]my ![]() |
- Tarikh Akhir Kemaskini : Jumaat 01 Julai 2022, 11:10:24.