Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus iSPEKS Negeri Sembilan Bagi Modul Aset, Perolehan dan Pengurusan Kontrak bertempat di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD), UiTM Bandar Enstek, Nilai pada 20 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2023. Kursus ini dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) seluruh Negeri Sembilan yang dipilih. Kursus ini dikendalikan oleh Penceramah dan Fasilitator dari Pejabat Perbendaharaan Negeri iaitu Pn. Norazlina binti Zakaria (Modul Aset), En. Mohd Norazam Bin Kassim (Modul Perolehan), En. Mohd Helmi bin Hadnan (Modul Perolehan), Pn. Nur Fashaliyana Binti Abdul Halim (Modul Pengurusan Kontrak) dan Cik Naieela Binti Nazri (Modul Pengurusan Kontrak). Pentadbiran ini juga menjemput Pn. Helda Binti Baharin dari Unit Bangunan dan Aset, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi membantu sebagai penceramah dan fisilitator bagi Modul Aset.
Antara objekif kursus ini dijalankan adalah bagi meningkatkan pemahaman dan kemahiran menggunakan semua Modul terlibat di iSPEKS disamping bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan di PTJ masing-masing agar penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dapat ditambah baik.
Sila klik di sini untuk melihat sepanjang kursus berlangsung.
9402151
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1241
5776
10515
9371184
10515
94621
9402151
IP Anda : 35.175.191.46
2023-10-03 09:56
Hubungi Kami Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel : 606-765 9022 Faks : 606-763 6352 E-mel: webmasterpkwns[at]ns[dot]gov[dot]my ![]() |
- Tarikh Akhir Kemaskini : Jumaat 22 September 2023, 10:26:35.