YB Dato' Haji Mohd Khidir bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan bersama-sama mengimarahkan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat bagi mendoakan pegawai dan kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus yang akan menyertai Misi Menawan Puncak Kinabalu pada 13 dan 14 Julai 2023. Misi yang akan menguji mental dan fizikal ini akan disertai oleh seramai 11 orang pegawai dan kakitangan PKwNS. Selepas Majlis Bacaan Yassin, YB PKN berkesudian menerima T-Shirt Misi sebagai simbolik pelepasan misi. Semoga semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam misi ini diberi perlindungan dan kekuatan untuk menawan puncak Kinabalu seterusnya selamat pulang semula.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang majlis berlangsung.