Alhamdulillah Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (PKWNS) berjaya menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 yang diadakan pada 31 Ogos 2023 lalu bertempat di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut PKWNS memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dalam Majlis Apresiasi Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Sembilan pada 22 September 2023 yang lalu.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta perbarisan PKWNS yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pertandingan perbarisan kali ini. Semoga PKWNS akan beroleh kejayaan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Maju!!!
Sila klik di sini untuk melihat gambar berkaitan.