Setelah diadakan berbagai usaha untuk mendapatkan Spesifikasi Gerbang Pembayaran Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (N9PAY) iaitu melalui siri-siri lawatan- lawatan penanda aras kepada beberapa Kerajaan Negeri dan tidak terbilang sesi engagement termasuklah sesi Pre-BRS bersama Jabatan, Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri.

Kini diadakan BRS bagi Projek Pembangunan Gerbang Pembayaran Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (N9PAY) yang diadakan bermula pada 26 sehingga 28 September 2023 bertempat di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Peserta- peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai- pegawai Jabatan, Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri. Bengkel BRS ini diadakan bertujuan untuk peserta- peserta berkongsi amalan terbaik dan pada masa yang sama adalah untuk memuktamadkan BRS Pembangunan N9PAY. Sebanyak lapan 8 sesi telah diadakan iaitu merangkumi pembangunan Modul Gerbang Pembayaran (Laman Utama), Modul Pembayaran, Modul Pentadbiran Agensi, Modul Integrasi, Modul Pentadbiran N9PAY, Modul Aplikasi Mobile, Modul Pengguna dan Modul Laporan.

Moga-moga hasil daripada Bengkel BRS ini dapat memastikan semua keperluan pembayaran secara cashless Jabatan, Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri tercapai dan sebagai pemangkin dan penggerak utama ekonomi digital di Negeri Sembilan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang bengkel berlangsung.