Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda. Syukur ke hadrat Allah SWT warga Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (PKWNS) turut bersama-sama dalam Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1445H/2023M. Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertemakan "Perpaduan Teras Malaysia MADANI" membingkis sirah Rasulullah SAW semasa membangunkan negara Madinah yang tediri daripada pelbagai bangsa, kaum dan kabilah. Melalui perpaduan, Rasulullah SAW berjaya mengangkat martabat Islam bukan sahaja di Tanah Arab, malahan ke seluruh pelusuk dunia.

Semoga kita semua dapat menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri tauladan dalam beramal serta semasa menjalani urusan seharian. Sollu Alan Nabi.

Klik di sini untuk melihat sepanjang perarakan berlangsung.