LatihanEKSA

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan

Point List Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk kefahaman konsep dan amalan EKSA kepada semua warga kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan;

Point List Mengenalpasti latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuh aktiviti Amalan EKSA serta amalan peningkatan kualiti yang lain (keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil keputusan audit aktiviti Program EKSA);

Point List Mengadakan latihan dan memastikan setiap warga kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri diberi peluang untuk menghadiri latihan/ceramah/taklimat berkenaan Program EKSA bagi memantapkan pelaksanaan Program EKSA;

Point List Melaporkan aktiviti dan program latihan Program EKSA kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Program EKSA;

Point List Membentuk sebuah kumpulan di bawah Jawatankuasa Latihan bagi menyelaras segala aktiviti dan promosi Program EKSA.