AuditEKSA

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan

Point List Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti audit Program EKSA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan;

Point List Membantu menyediakan kriteria audit yang bersesuaian dan mengikut garis panduan MAMPU dari semasa ke semasa serta mendapatkan maklum balas daripada Ketua Bahagian/Unit;

Point List Membantu menentukan kekerapan aktiviti audit di peringkat Audit Dalaman Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri serta mengenalpasti jadual pelaksanaan Audit Pematuhan dari pihak MAMPU;

Point List Membantu menentukan bilangan pelekat atau sticker EKSA yang cemerlang yang perlu diberikan kepada Bahagian/Unit;

Point List Membantu menyediakan laporan dan analisis keputusan audit secara keseluruhan serta melaporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Program EKSA; dan

Point List Mengenalpasti pembentukan Juruaudit Dalaman Program EKSA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dan membentuk sebuah kumpulan di bawah Jawatankuasa Audit bagi menyelaras segala aktiviti audit Program EKSA.