Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan PKWNS dan Portal Rasmi PKWNS. Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/ cadangan/ pertanyaan ke atas perkhidmatan kami. Saluran yang disediakan adalah:

Point List Borang Maklumbalas

Point List Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (webmasterpkwns[at]ns[dot]gov[dot]my)

Terima kasih di atas sokongan anda. ‚Äč

BIL. PENGGUNA
PENDAPAT / CADANGAN / PERTANYAAN
MAKLUM BALAS / TINDAKAN
1
Norshaliza binti Nordin
Tuan/Puan,
Merujuk kepada perkara diatas, saya inginkan pengesahan :
 
Point List Perlukah saya wujudkan Buku Catatan Lejar bagi wang Panjar walaupun telah wujud Butiran/Laporan Wang Panjar di dalam sistem SPEKS dan dicetak setiap kali rekrupmen?
 
Point ListBolehkah PT Kew.(W17) meminta Buku Catatan Lejar tersebut sebelum memasukkan resit-resit ke dalam sistem SPEKS (untuk membuat baucer kecil sebelum rekrupmen) untuk menyemak samada bersamaan dengan resit-resit tersebut. Dan sekiranya tiada buku, bolehkah PT Kew(W17) tersebut menolak untuk membuat tugasannya ?
 
Point List Bolehkah PT Kew.(W17) meminta mengira Wang Panjar dihadapannya untuk beliau memastikan wang tersebut bersamaan dengan resit-resit sebelum membuat kemasukan ke dalam sistem SPEKS ?
 
Point List Bolehkan PT Kew.(W17) enggan membuat tugasan yang diarahkan dan persoalkan mengenai tuntutan resit-resit tersebut?
 
Point List Bolehkah saya menukar senarai tugas PT Kew.(W17- Negeri) tersebut kepada PT Kew.(W17-Persekutuan) kerana beliau enggan beri kerjasama?
 
Point List Bolehkah beliau meminta pendahuluan wang panjar yuran kursus sebelum hadir kursus ? Ini kerana saya meminta beliau menghadiri kursus dan membayar yuran terlebih dahulu dan akan membayar semula sekiranya beliau kemukakan resit bayaran yuran tersebut.
 
Point List Bolehkah Pembantu Operasi N11 (Pembantu Am Pejabat) menunaikan Wang Panjar di bank?
Untuk makluman pihak Tuan/Puan, saya bertugas sebagai Ketua Pembantu Tadbir (N22) inginkan pengesahan secara bertulis kerana PT Kew (W17 - Negeri dan Persekutuan) lebih mendengar arahan dari J36 dan J41 berbanding saya. Sedangkan kedua-duanya tidak terlibat secara langsung dengan Naziran Kewangan di jabatan.
Saya juga agak keliru memandangkan Naziran sebelum ini mengatakan tidak perlu Buku Catatan Lejar untuk Panjar Wang Tunai sekiranya boleh dicetak dalam sistem SPEks. Namun, PT Kew(W17) tersebut memaklumkan bahawa pihak Naziran akan meminta Buku tersebut semasa lawatan. Diharapkan pihak tuan memberi sedikit nasihat dan pencerahan dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
Dipanjangkan emel dari Puan Norshaliza kepada ketua-ketua unit di jabatan untuk tindakan selanjutnya.
2
Farizat binti Jubri
Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Tuan/ Puan,
Sukacita dipohon pengesahan seperti berikut:
 
Point List Adakah negeri mempunyai Skim Pinjaman Perumahan sendiri? dan
 
Point List Adakah Kerajaan Negeri menggunapakai Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 (Akta 42)?
 
Sekian, terima kasih.
Webmaster telah memanjangkan emel Puan Farizat kepada pegawai bertanggungjawab : 
Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan bahawa sehingga kini, Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai Skim Pinjaman Perumahannya sendiri.
dan tidak menggunapakai Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 (Akta 42).
Sekian, terima kasih.