PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan terdiri daripada tiga seksyen iaitu:

• Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
• Seksyen Pengurusan dan Pemantauan Audit
• Seksyen Komputer

FUNGSI

• Mengurus hal ehwal pentadbiran jabatan.
• Mengurus hal ehwal sumber manusia jabatan.
• Mengurus hal ehwal kewangan jabatan.
• Menjadi urus setia mesyuarat-mesyuarat di peringkat jabatan dan negeri
• Menjadi urus setia kursus dan latihan untuk kakitangan jabatan dan pegawai-pegawai pengawal
• Memantau tindakan susulan ke atas teguran Ketua Audit Negara
• Menguruskan permohonan pinjaman kenderaan, komputer dan perumahan serta pendahuluan diri.

SEKSYEN DAN UNIT

Unit-unit di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan ialah:-

Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

Unit Pentadbiran

• Mengurus kad perakam waktu pejabat;
• Menguruskan surat-menyurat dan perjalanan fail jabatan; dan
• Menguruskan aspek-aspek kebersihan dan keselamatan jabatan Unit Sumber Manusia
• Merancang kursus-kursus kewangan kepada pegawai dan kakitangan yang menjalankan tugas-tugas kewangan;
• Menguruskan kursus dan latihan bagi kakitangan jabatan dan pegawai-pegawai pengawal; dan
• Menguruskan maklumat personel kakitangan melalui HRMIS

Seksyen Pengurusan Kewangan dan Pemantauan Audit

Unit Kewangan Jabatan

• Menyediakan belanjawan mengurus jabatan;
• Menyediakan bayaran gaji dan elaun-elaun kakitangan jabatan;
• Menguruskan perolehan jabatan;
• Menyelenggara buku tunai dan panjar wang runcit jabatan; dan
• Menyelenggara buku vot, penyata penyesuaian vot, hasil dan penyata amanah jabatan secara bulanan

Unit Kewangan Pengurusan

• Menguruskan aset dan inventori jabatan; dan
• Menguruskan stor jabatan

Unit Pemantauan Audit

• Memberi maklumbalas dan memantau tindakan susulan ke atas teguran-teguran Ketua Audit Negara dan memastikan teguran-teguran tersebut dipatuhi oleh jabatan; dan
• Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun peringkat jabatan dan negeri

Seksyen Komputer

• Pengurusan ICT Jabatan
• Kerja-kerja operasi sokongan teknikal Sistem SPEKS