Pengenalan2

 Point List      Bahagian Pengurusan Kewangan bertanggungjawab dalam penyediaan Belanjawan Kerajaan Negeri, mengawasi aktiviti perbelanjaan Jabatan-Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri, pengurusan perolehan, aset, hasil pelaburan dan pinjaman Kerjaaan Negeri. 

 

Fungsi

Point List    

Merumus, merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kesejahteraan rakyat.

Point List

Mengawasi aktiviti jabatan-jabatan berkaitan dengan belanjawan, perbelanjaan dan perolehan aset bagi memastikan semua dasar dan tatacara yang ditentukan dipatuhi serta dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Point List Mengurus hasil, pelaburan dan pinjaman Kerajaan Negeri.

 

SEKSYEN-SEKSYEN DI BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN

Seksyen Belanjawan dan Pinjaman

Point List   Menyedia dan mengemukakan Pekeliling Belanjawan dan pemberian batas perbelanjaan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri. 

Point List   Pemeriksaan Belanjawan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri

Point List   Mengemukakan Belanjawan Kerajaan Negeri ke Dewan Undangan Negeri untuk pembentangan dan kelulusan. 

Point List   Pengeluaran Waran Am, Waran Peruntukan, Waran Tambah Peruntukan dan Waran Pindah Peruntukan.

Point List   Menyelaras dan memantau permohonan pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Agensi/PBT.

 

Seksyen Perolehan pengurusan aset

Point List   Menyediakan kertas Majlis Mesyuarat Kerakaan Negeri (MMK) bagi mengguna pakai Pekeliling dan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan.

Point List   Menyediakan Pekeliling Pejabat Kewangan Negeri yang berkaitan dengan Aset dan Perolehan.

Point List   Melaksanakan pemeriksaan ke atas Jabatan-JAbatan Kerajaan Negeri secara berjadual dan mengejut terhadap data-data aset alih dan hidup.

Point List   Memproses kes kehilangan, pelupusan dan hapus kira aset Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri.

Point List   Menguruskan permohonan pelantikan Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Kerajaan Negeri.

Point List   Menguruskan permohonan pembelian luar kontrak, rundingan/lantikan terus dan lantikan perunding oleh Jabatan Kerajaan Negeri.

 

Seksyen Pemantauan Pelaburan2

Point List   Menganalisis maklumat pelaburan Kerajaan Negeri.

Point List   Menganalisis dan memantau pelaburan yang dibuat oleh Agensi-Agensi Kerajaan Negeri. 

Point List   Menganalisis saham dan menyediakan laporan saham Kerajaan Negeri. 

 

Seksyen Hasil

Point List     

Memantau hasil Cukai Hiburan Negeri melalui pemantauan bayaran duti hiburan oleh pawagam, pengisytiharan tiket bayaran masuk untuk bayaran cukai hiburan dan lawatan ke pawagam dan tapak hiburan.

Point List     

Memantau kutipan hasil Negeri dengan membuat laporan dan analisis cukai tanah, memantau hasil semasa dan tunggakan hasil, memantau serta memproses hapus kira hasil dan memantau hasil bekalan air yang tertunggak dan patut dikutip.

Point List    

Membuat Kajian Hasil Negeri dengan mengkaji kadar bayaran semasa.

Point List    

Membuat tuntutan hasil daripada Kerajaan Persekutuan iaitu tuntutan TAHAP, 50% mengurus JPS, JKM dan JPV, 5% projek pembangunan Persekutuan, pemberian hitungan kepala dan pemberian pertumbuhan hasil.