PENGENALAN

Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan bertanggungjawab mengendalikan hal-hal berkaitan perakaunan dari segi penerimaan, mengawal perbelanjaan, bayaran dan penyediaan Penyata Akaun Tahunan Kerajaan Negeri. Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan juga berfungsi untuk merancang, melaksana dan menyelenggara Sistem Perakaunan Kerajaan Negeri serta menentukan kawalan secukupnya bagi urusan Kumpulan Wang Yang Disatukan.

FUNGSI

• Sebagai Pusat Penerimaan semua pungutan hasil Kerajaan Negeri/Persekutuan.
• Mengawal perbelanjaan jabatan supaya tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan.
• Meluluskan dan membuat bayaran terhadap semua tuntutan dan bil jabatan mengikut peraturan.
• Menyediakan Penyata Akaun Tahunan bagi Kerajaan Negeri.
• Mengurus aliran tunai Kerajaan Negeri.

SEKSYEN DAN UNIT

Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan terdiri daripada tiga Seksyen iaitu:

Seksyen Perkhidmatan/Operasi

Seksyen terdiri daripada empat unit iaitu:

Unit Pentadbiran
o Mengurus hal-hal pentadbiran jabatan

Unit Gaji
o Menyemak dan meluluskan perubahan gaji (Kew.320) kakitangan bagi semua Pusat Tanggungjawab (PTJ);
o Memastikan bayaran gaji kakitangan dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan; dan
o Membantu Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dalam penyediaan gaji sistem gaji berkomputer

Unit Bayaran
o Mengawal dan melaksanakan operasi pembayaran berdasarkan kepada peraturan dan prosedur kewangan; dan
o Memastikan penyimpanan dokumen pembayaran adalah sempurna dan teratur untuk diaudit dan mengurus pemusnahannya mengikut arahan tertentu.

Unit Semakan
o Menyemak semua baucar bayaran kecuali bayaran gaji
o Menjalankan audit dalaman; dan
o Membuat teguran rasmi kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri mengenai bayaran

Seksyen Perakaunan

Seksyen ini terdiri daripada dua unit iaitu :

Unit Akaun
o Menyelenggara akaun pinjaman persekutuan dan badan-badan berkanun;
o Menyelenggara akaun pinjaman kenderaan, komputer, perumahan, pendahuluan diri, sewa rumah kerajaan dan pelbagai;
o Menyediakan penyata penyesuaian bank bulanan;
o Menyemak penyata terimaan dan bayaran, penyesuaian vot / amanah yang disediakan oleh Pegawai Pengawal;
o Memproses perakaunan dan imbangan duga serta penutupan akaun pada setiap bulan;
o Menyemak dan meluluskan penyata pemungut;
o Mengawal selia akaun bayaran dan terimaan bagi memastikan aliran wang tunai mencukupi;
o Menyediakan dokumen-dokumen sokongan penyata kewangan Kerajaan Negeri; dan
o Mengurus Aliran Tunai dan Simpanan Tetap Kerajaan Negeri

Unit Audit Tunai
o Menyemak kira-kira wang tunai dari pusat-pusat pemungut;
o Menjalankan audit di pusat pemungut; dan
o Membuat teguran rasmi kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri mengenai kutipan hasil bagi pusat pemungut yang tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan

Seksyen Khidmat Perunding SPEKS
o Memberikan khidmat sokongan Sistem SPEKS kepada pengguna sistem;
o Memberikan khidmat nasihat berkenaan pelaksanaan Sistem SPEKS; dan
o Menjalankan naziran pelaksanaan Sistem SPEKS