Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan (PKwNS) ditubuhkan mulai tahun 1955 selaras dengan Fasal 37(1), Fasal 37(2) (C) dan Perkara 37(5) Bab 2, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 berkenaan pelantikan Pegawai Kewangan Negeri sebagai pegawai kanan yang mengetuai urusan hal ehwal kewangan Negeri Sembilan. Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri adalah Penguatkuasa Kewangan Negeri di bawah Seksyen 3, Akta Prosedur Kewangan.
![]() |
Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri dan pelantikan jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan daripada kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. |
![]() |
Pegawai Kewangan Negeri akan menjadi pegawai kanan untuk mengetuai urusan kewangan negeri. |
|
“Pihak Berkuasa Kewangan “ yang digunakan berhubung dengan Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah pihak Perbendaharaan dan berhubung dengan Kumpulan Wang Disatukan sesebuah Negeri bermakna penguatkuasa kewangan Negeri dan “Pihak Berkuasa Kewangan” bermakna pegawai pengarah, yang bertanggungjawab bagi urusan kewangan sesebuah negeri. |
![]() |
PKwNS bertanggungjawab merumus, merancang dan melaksanakan dasar-dasar dan peraturan kewangan Kerajaan Negeri meliputi belanjawan, pinjaman, pelaburan hasil, perakaunan serta mengawasi aktiviti Jabatan-jabatan dan Badan-badan berkanun Kerajaan Negeri dalam hal-hal pengurusan kewangan. |