Pada 19 hingga 20 Januari 2017, satu bengkel Pencapaian SKT 2016 dan Penetapan SKT 2017 telah diadakan di Klana Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini dihadiri oleh semua Ketua Bahagian dan Ketua Unit bagi membentangkan prestasi pencapaian yang ditetapkan pada tahun 2016 dan juga menetapkan sasaran kerja bagi tahun 2017.

 

Ia juga merupakan bengkel SKT jabatan yang pertama kali dihadiri oleh YB Dato’ Johani bin Hassan, selaku Pegawai Kewangan Negeri. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan telah mendapat kerjasama yang baik dari peserta dalam usaha untuk meningkatkan prestasi jabatan dalam pengurusan kewangan serta halatuju ke arah Sistem Perakuanan Akruan Kerajaan Negeri.

 

 

Klik di sini untuk gambar sepanjang bengkel berlangsung.