Cetak

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri telah mengadakan penyampaian sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan Tahun 2015 di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Negeri pada 20 Februari 2017 yang lalu.

Anugerah ini disampaikan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Johani bin Hassan kepada Jabatan dan Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang telah menguruskan aset alih dan stor Kerajaan dengan baik dan teratur berdasarkan pematuhan kriteria yang ditetapkan selaras 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP).

Lima (5) daripada 12 Jabatan dan Agensi yang telah dibuat penilaian bagi tahun 2015/2016 diberikan pengiktirafan empat bintang di atas kecemerlangan pengurusan aset alih dan stor Kerajaan seperti berikut:

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan dan Agensi yang berjaya. Semoga kejayaan ini diteruskan dan menjadi model terbaik kepada Jabatan dan Agensi yang lain.

Klik di sini untuk gambar sepanjang majlis berlangsung.