Mulai Mac 2017, pembayaran elaun Imam/ Bilal / Siak akan dibayar melalui Modul Gaji Sistem SPEKS. Bagi memastikan kelancaran perjalanan proses dan pembayaran, pada 2 Mac 2017 ( Khamis) telah diadakan satu sesi bengkel bagi memperkenalkan dan memberi tunjuk ajar secara 'hands on' kemasukan data ke dalam sistem gaji SPEKS kepada pengguna yang terlibat dalam penyediaan bayaran elaun tersebut.

Bengkel tersebut telah dihadiri kira-kira 20 orang pegawai dan kakitangan daripada semua Pejabat Agama Islam Daerah di Negeri Sembilan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang bengkel berlangsung.