Pada 27 hingga 28 April 2017, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri telah menganjurkan satu bengkel Penyediaan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2018 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Antara pengisian bengkel tersebut adalah sesi Taklimat Khas Perbelanjaan yang disampaikan oleh En. Arief Iskandar bin Mohamad, Ketua Penolong Pegawai Kewangan; Taklimat Khas Perakaunan Akruan oleh En. Mohd Azraai bin Md. Aznan, Bendahari Negeri, serta Taklimat Kutipan Hasil oleh Puan Aimidatul Syahira bt. Abdul Wahab, Penolong Pegawai Kewangan, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan manakala daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pula adalah Taklimat Perjawatan dan Latihan oleh En. Azim bin Tajul Mulok, Penolong Setiausaha Kerajaan(Latihan dan Kompetensi) dan Taklimat Perbelanjaan Pembangunan / Halatuju Pembangunan Negeri oleh Puan Nor Azizah binti Yusof, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Makro).

Sila klik di sini untuk lihat gambar sepanjang bengkel berlangsung.
Klik di sini untuk slaid Taklimat Isu Kutipan Hasil
Klik di sini untuk slaid Taklimat Khas Isu Perjawatan dan Latihan
Klik di sini untuk slaid Taklimat Khas Perbelanjaan Mengurus