Sistem MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan mesyuarat dan pemantau keputusan mesyuarat secara dalam talian. MyMesyuarat merupakan satu produk inovasi oleh MAMPU di mana pengguna boleh mengakses maklumat dengan mudah, mengurangkan penggunaan kertas serta memberikan penjimatan kepada Kerajaan dari segi kos dan masa di dalam mengurus dan melaksanakan mesyuarat. Antara kelebihan penggunaan MyMesyuarat ialah memberikan penyelesaian menyeluruh dan efektif bagi pengurusan mesyuarat seperti pengurusan jawatankuasa, jemputan mesyuarat, pengesahan kehadiran, penyediaan minit, pengurusan maklum balas dan laporan serta pemantauan keputusan mesyuarat secara dalam talian. Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan (PKWNS) mula menggunakan Sistem MyMesyuarat pada 15 Mac 2017 bagi menggantikan Sistem MyMeeting telah digunakan sejak tahun 2010.

Capaian : Sistem MyMesyuarat