Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri,Negeri Sembilan telah mengadakan Taklimat Kepentingan Melindungi Maklumat Kerajaan bertempat di Bilik Gerakan, Wisma Negeri, Seremban pada 4 September 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah dihadiri oleh 32 orang pegawai serta kakitangan dari pelbagai bahagian dalam jabatan ini.

Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mazlan bin Md Noor, Pengarah Bahagian Keselamatan Fizikal Dan Penilaian Teknikal daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia,Putrajaya.

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi penerangan kepada peserta mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam merahsiakan rahsia Kerajaan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 serta memberi pendedahan mengenai tatacara mengendalikan dokumen bertaraf sulit, rahsia dan rahsia besar bagi memastikan dokumen di bawah tanggunjawab masing-masing diselia dengan betul dan selamat.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang taklimat berlangsung.