Kerajaan Negeri Sembilan melalui Unit Perancang Eknomi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan telah melaksanakan Sesi Konsultasi Belanjawan Negeri Sembilan 2021 pada 19 hingga 20 September 2020 yang lalu bertempat di Hotel Amari, Johor Bharu.

Sesi tersebut diadakan bagi membincang, merangka seterusnya membentangkan cadangan pelaksanaan inisiatif serta projek-projek pembangunan bagi tahun 2021 dengan mengambil kira unjuran hasil serta kekuatan kewangan Kerajaan Negeri. Cadangan pelaksanaan inisiatif dan projek pembangunan telah dibentangkan oleh YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berdasarkan Jawatankuasa Bertindak masing-masing.

Penyertaan sesi konsultasi ini terdiri daripada YB ADUN serta Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan. Turut hadir memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung adalah YAB Dato' Seri Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sila klik di sini untuk melihat sepanjang sesi berlangsung.