Cetak

27 November 2020 - YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2021 dengan tema "Merangsang Ekonomi, Memperkasa Rakyat"

pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang akan berlangsung bermula 27 November 2020 sehingga 3 Disember 2020. Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2021 menyaksikan pengumuman 4 Strategi, 8 Bidang Tumpuan dan 53 Inisiatif oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang meliputi pelbagai sektor termasuk pembangunan fizikal, sosial, kesihatan, pelancongan, adat istiadat dan ekonomi. Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2021 ini diharap akan dapat membangunkan ekonomi negeri dan seterusnya membantu memperkasa ekonomi rakyat terutamanya yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19. Semoga setiap inisiatif dan program yang direncanakan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Sila klik di sini untuk melihat gambar berkaitan.