28 Disember 2020 – Taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia – Encik Muhammad Azhar Fairuzz Hiloh yang menerangkan penambahbaikan pengurusan tugasan (pending task) di dashboard iSPEKS serta penambahbaikan kawalan keselamatan akses pengguna.

Taklimat dibahagikan kepada dua (2) sesi di mana sesi pertama dikhaskan untuk wakil pegawai daripada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dan Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, PSUKNS.

Seterusnya sesi kedua diadakan untuk semua Jabatan/PTJ di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di mana taklimat diberikan secara atas talian.

Untuk keterangan lebih lanjut, klik pautan di bawah untuk nota dan gambar sepanjang taklimat berlangsung.

Sila klik di sini untuk slaid berkenaan taklimat. 
Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang taklimat berlangsung.
Sila klik di sini untuk Polisi dan Prosedur Pentadbiran Pengguna iSPEKS Negeri Sembilan.
Sila klik di sini untuk Lampiran 3(A)2 Borang Pentadbiran Pengguna iSPEKS Negeri Sembilan JAB dan PTJ.