8 Januari 2021 - Antara foto yang sempat dirakamkan semasa Taklimat Pasca Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2021 yang telah disampaikan oleh YB Dato' Haji Mohd Khidir bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan. Taklimat telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ketua Jabatan serta wakil Jabatan/Agensi yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hadir bagi mengikuti taklimat tersebut.

Semoga semangat dan tekad yang membara ini dapat diterjemahkan dalam bentuk usaha yang bersungguh-sungguh bagi melaksanakan setiap inisiatif yang telah dirancang dalam Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2021. Moga Allah memberkati usaha kita semua untuk terus "Merangsang Ekonomi, Memperkasa Rakyat".

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang taklimat berlangsung.