17 Februari 2021 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan (PKwNS) telah menerima kunjungan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Tampin untuk mendengar taklimat Sistem Pengurusan Surat (SPS) bagi menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan jabatan.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Nursoleha binti Nawawi selaku pentadbir teknikal SPS PKWNS.

Taklimat telah berlangsung daripada jam 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi di mana pengguna SPS PKWNS (Pendaftar Surat) turut dijemput hadir untuk bersama-sama berkongsi pengalaman menggunakan SPS PKWNS sejak tahun 2013.

Sila klik di sini untuk melihat sepanjang taklimat berlangsung.