24 & 25 Februari 2021 – Satu aktiviti Pengujian UAT/PAT bagi CR-BA-017 Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS) Negeri Sembilan telah diadakan secara hybrid di Bilik Mesyuarat Pejabat Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan.

Pengujian telah dilakukan oleh wakil Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan bersama-sama pihak Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Theta-Edge Sdn Bhd sebagai pembangun sistem.

Pengujian tersebut melibatkan proses Permohonan AP58(a). Pengujian ini adalah untuk memastikan kebolehgunaan dan keupayaan fungsi Change Request (CR) berpandukan berpandukan dokumen test script yang dibekalkan; dan membuat penerimaan pengujian dibuat setelah semua proses telah diuji dan disahkan.

Klik di sini untuk gambar sepanjang aktiviti berlangsung.