Cetak

9 Mac 2021 – Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan telah menghadiri Program Ceramah Mengenai Gangguan Seksual Anjuran Unit Integriti Dengan Kerjasama Unit Psikologi, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Negeri Sembilan secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Team yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan selama dua jam yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Ceramah tersebut disampaikan oleh YM Dr. Raja Kamariah binti Raja Mohd Khalid, Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Tujuan ceramah ini diadakan bagi membentangkan serba sedikit mengenai definisi gangguan seksual serta jenis-jenis gangguan seksual dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada semua peserta untuk berhati-hati dalam pergaulan di tempat kerja. Gangguan seksual memberi kesan negatif kepada mangsa yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma, fobia, ketakutan dan menjejaskan rutin harian. Ini boleh menjejaskan produktiviti dan keberhasilan kerja seseorang individu. Kepada mangsa gangguan seksual boleh membuat aduan ke Unit Integriti jabatan bertugas ataupun laporkan kepada pihak polis. Mangsa juga boleh menghubungi Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi/UI, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau agensi-agensi yang mengendalikan isu-isu gangguan seksual untuk mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya.

Sila klik di sini untuk melihat sepanjang program berlangsung.