Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Kemahiran Fungsian bertempat di Dewan Menara MAINS, Seremban di bawah bimbingan Tuan Haji Syamsul Amri bin Abdul Razak dari SAbar Training & Resources. Kursus ini dihadiri oleh 28 orang peserta yang terdiri dari pegawai serta kakitangan pelbagai unit jabatan ini selama 2 hari bermula pada 31 Mac 2021 sehingga 1 April 2021.

Antara objekif kursus ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan peserta, membina jaringan, memproses serta menganalisa data dan kemahiran untuk berfikir secara analitikal.

Klik di sini untuk melihat sepanjang kursus berlangsung.