8 April 2021 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan (PKwNS) telah mengadakan naziran di Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah. Naziran yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dilaksanakan bertujuan untuk memastikan pengurusan kewangan terutamanya dari segi kutipan hasil mematuhi pekeliling dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Taman Eko Rimba Ulu Bendul merupakan lokasi pelancongan yang popular yang menawarkan pelbagai produk pelancongan termasuk aktiviti mendaki gunung, perkhemahan, mandi-manda, Taman Ular dan pelbagai lagi. PKwNS berharap Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan akan terus menerus mengamalkan pengurusan kewangan yang berintegriti seterusnya membantu Kerajaan Negeri dalam usaha memajukan produk pelancongan Negeri Sembilan.

Sila klik di sini untuk melihat sepanjang naziran berlangsung.