23 April 2021, Klana Resort Seremban - YB Pegawai Kewangan Negeri menyampaikan Taklimat Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA): Pelaksanaan Projek Berskala Kecil dan MARRIS Tahun 2021.

Taklimat dilaksanakan bagi memberi pencerahan kepada semua YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ketua Jabatan dan Agensi Peringkat Negeri berkenaan agihan berjumlah RM20 juta daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Program PEMERKASA untuk melaksanakan projek-projek pembangunan berskala kecil. YB Pegawai Kewangan Negeri turut membentangkan berkenaan penambahbaikan Garis Panduan MARRIS untuk makluman YB Ahli MMKN, YB ADUN serta Ketua Jabatan dan Agensi. Program dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang taklimat berlangsung.