YB Dato' Haji Mohd Khidir bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan mengadakan perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan (PKwNS) yang akan menyertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke-65 Tahun 2022. Dalam perjumpaan tersebut, YB PKN menyampaikan kata-kata semangat kepada barisan kontinjen dan mengingatkan supaya melakukan yang terbaik serta dengan penuh semangat patriotik. YB PKN juga telah berkesempatan menyempurnakan gimik perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat PKwNS.

Klik di sini untuk melihat sepanjang perjumpaan berlangsung.