Alhamdulillah. Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah selesai melaksanakan Mesyuarat Konsultasi Belanjawan Tahun 2024 Negeri Sembilan Darul Khusus pada 14 dan 15 Oktober 2023 bertempat di Klana Resort Seremban.

Mesyuarat konsultasi tersebut telah melibatkan seramai 200 orang ahli yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Peringkat Negeri dan Persekutuan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), YB Pegawai Kewangan Negeri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Exco (Kanan) Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mesyuarat antara lain telah membentangkan cadangan inisiatif daripada 14 Jawatankuasa Bertindak (JKB) yang telah dibentangkan sendiri oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Bertindak masing-masing. Ucapan Pembuka telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alis, EXCO (Kanan) Kerajaan Negeri manakala Ucapan Penutup telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

YB Pegawai Kewangan Negeri dalam rumusan yang telah disampaikan oleh beliau memaklumkan bahawa setiap cadangan inisiatif yang telah dibentangkan oleh semua JKB akan diberi perhatian dan pertimbangan yang seadilnya selari dengan semangat MADANI. Dengan tekad dan komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan, Belanjawan Tahun 2024 Negeri Sembilan diyakini akan menjadi belanjawan yang ihsan, mampan dan inklusif.

Sila klik di sini untuk melihat sepanjang konsultasi berlangsung.