Alhamdulillah Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembila telah selesai mengadakan Bengkel Penetapan User Interface User Experience (UIUX) dan Dokumen Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMP) bagi Projek Pembangunan Gerbang Pembayaran Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (N9PAY) bertempat di Perdana City Centre Kuala Lumpur Hotel, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bengkel ini telah diadakan pada 13 - 15 Februari 2024.

Objektif bengkel adalah untuk menyediakan UIUX dan dokumen ISMP bagi Gerbang Pembayaran Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (N9PAY). Jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan N9PAY iaitu Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (UPTM), Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang telah memberikan kerjasama yang jitu dalam bengkel ini. Semoga perjalanan dan usaha kita semua untuk menjayakan pelaksanaan Gerbang Pembayaran N9PAY seperti yang telah dijadualkan dipermudahkan Allah SWT. InsyaAllah.

Klik di sini untuk melihat gambar sepanjang bengkel berlangsung.