assalam

Salam Bersih.Muafakat.Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang telah mencipta segala apa yang ada di langit dan di bumi serta apa yang ada di antara keduanya. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhratNya kerana dengan izin Allah jua lah laman sesawang Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (PKwNS) ini dapat dibangunkan dengan jayanya.

Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini, pelbagai informasi dan maklumat dapat diperolehi dengan cepat dan pantas hanya di hujung jari. Sehubungan itu, laman sesawang ini dibangun dan diperkenalkan kepada umum bagi menyampaikan sebarang informasi dan maklumat penting berkaitan dengan PKwNS yang melibatkan perkembangan terkini, perubahan atau penambahbaikan dasar kewangan Negeri serta pelbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan. Dengan adanya laman sesawang ini sebagai salah satu medium komunikasi di antara PKwNS dengan jabatan-jabatan negeri. Ianya diharap dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta penyampaian seterusnya memacu PKwNS untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang khususnya di Negeri Sembilan.

Bagi pihak PKwNS, saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah melayari laman sesawang ini. Kelapangan semua pihak melayari laman sesawang ini amatlah dihargai. Sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan juga amatlah dialu-alukan bagi memastikan segala maklumat dan informasi yang ada di laman sesawang ini kekal relevan dan bermanfaat.

Akhir kata, saya berharap agar laman sesawang ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja oleh Penjawat Awam, malahan juga masyarakat umum. Semoga ianya mejadi asbab tersebarnya ilmu pengetahuan dan kebaikan buat semua.

Sekian, terima kasih.

tandatanganYB
YB. Dato' Pegawai Kewangan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
ybpkn