PENYATA KEWANGAN 2020 NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 23 bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 DASAR DAN KAEDAH PERAKAUNAN YANG SIGNIFIKAN 1. DASAR DAN PRINSIP PERAKAUNAN a) Dasar perakaunan adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Negeri. b) Perakaunan Kerajaan Negeri adalah berasaskan Kumpulan Wang Disatukan selaras dengan: i) c) Kerajaan Negeri mengamal asas perakaunan tunai ubahsuai. Semua urus niaga bayaran dan terimaan diakaunkan apabila bayaran dibuat dan terimaan diperolehi dengan pengubahsuaian seperti berikut: d) Entiti perakaunan terdiri daripada semua Jabatan Kerajaan Negeri. e) Tahun kewangan sebagai mana yang telah ditetapkan dibawah Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] adalah satu tempoh dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun. f) Mata wang yang digunakan dalam penyata kewangan ini adalah Ringgit Malaysia (RM). g) Penyata Kewangan disediakan mengikut asas yang sama dengan Anggaran Perbelanjaan bagi membolehkan perbandingan dibuat. h) Apabila berlaku perubahan ke atas persembahan atau klasifikasi butiran, angka perbandingan telah dinyatakan semula kecuali dinyatakan sebaliknya. Nota Kepada Penyata Kewangan Dasar dan prinsip perakaunan diguna secara konsisten dalam penyediaan penyata kewangan kecuali dinyatakan sebaliknya. Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa segala hasil diterima kecuali Zakat, Fitrah, dan Baitulmal atau lain-lain hasil agama Islam seumpamanya, dikumpulkan menjadi satu kumpulan wang. ii) Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiada wang boleh dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan melainkan diperuntukkan atau dibenarkan dengan cara lain oleh Dewan Undangan Negeri, kecuali untuk perbelanjaan tanggungan tertentu dan Perkara LXXIV Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan mengenai pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri. iii)Seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memperuntukkan Kumpulan Wang Disatukan dibahagi kepada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. i) Bayaran bagi kerja yang telah dijalankan, bekalan dan perkhidmatan yang telah diterima sehingga 31 Disember tahun kewangan semasa boleh dibayar dalam bulan Januari tahun berikutnya dan dikenakan kepada peruntukan tahun kewangan semasa. ii) Terimaan wang tunai yang belum dibankkan dan wang tunai dalam bank yang belum diambil kira dalam buku tunai pejabat perakaunan pada 31 Disember tahun kewangan semasa merupakan wang tunai dalam perjalanan dan diakaunkan sebagai hasil tahun kewangan semasa. iii)Mengakaun urus niaga bukan tunai tertentu seperti pindahan yang merupakan caruman daripada Akaun Hasil Disatukan ke Akaun Amanah Disatukan, Untung Rugi Pelaburan, Hapus kira Pinjaman Amanah, Penukaran Pinjaman Kepada Ekuiti dan seumpamanya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MjI4ODEyNw==