Majlis Bersama Jabatan

Bidang dan fungsi
Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan
Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ
Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.



sumber - Jabatan Perkhidmatan Awam

PERLEMBAGAAN UNTUK MAJLIS BERSAMA JABATAN BAGI

PEJABAT KEWANGAN NEGERI

KEAHLIAN

1. Majlis Bersama jabatan bagi Pejabat Kewangan Negeri (selepas ini disebut sebagai (“Majlis”) hendaklah mengandungi 17 ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada lima (5) ahli yang dilantik oleh YB. Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pegawai”) dan 12 ahli yang dipilih oleh Anggota Pejabat Kewangan Negeri yang mewakili pekerja-pekerja di Pejabat Kewangan Negeri atau pekerja-pekerja itu sendiri (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pekerja”).

PIHAK PEGAWAI

2. Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan seperti berikut :


(a) YB. Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan - Pengerusi
(b) Timbalan Pegawai Kewangan - Ahli
(c) Bendahari Negeri - Ahli
(d) Ketua Penolong Pegawai Kewangan - Ahli
(e) Penolong Pegawai Kewangan (Pentadbiran) - Setiausaha

Mereka ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing. PIHAK PEKERJA

3. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja berjawatan tetap dan kontrak di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan dan dilantik oleh Anggota Pejabat Kewangan Negeri mewakili pekerja-pekerja tersebut (iaitu pekerja-pekerja sendiri). Peraturan bagi pemilihan Ahli-ahli Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat pemulaan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Pekerja di mana Majlis Bersama Jabatan akan ditubuhkan di dalam Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan melalui Mesyuarat Khas MBJ Pihak Pekerja. Peraturan hendaklah diluluskan oleh YB. Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan.

4. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kumpulan Perkhidmatan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri.

5. Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh 2 tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka. Pemilihan ahli baru hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum atau 30 hari selepas tarikh tamat tempoh memegang jawatan.

PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

6. Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.

TUJUAN

7. Tujuan Majlis adalah untuk memperoleh seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Pejabat Kewangan Negeri dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai-bagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan. BIDANG DAN FUNGSI

8. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut :

(i) Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat- syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-perja perseorangan;

(ii) Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

(iii) Mengglakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai-bagai jabatan.

MESYUARAT-MESYUARAT

9. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

10. Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada 3 Ahli Pihak Pegawai dan 6 Ahli Pihak Pekerja.

11. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.

12. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.

KEPUTUSAN

13. Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.

14. Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan Jabatan-jabatan lain ia hendaklah dirujuk kepada YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

15. Perlembagaan majlis boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Majlis. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipersetujui dan diluluskan.

PERATURAN PIHAK PEKERJA (MBJ)

PEJABAT KEWANGAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

TUJUAN

1. Peraturan ini adalah sebagai panduan kepada Pihak Pekerja untuk menguruskan pelantikan dan pemilihan Pihak Pekerja untuk menganggotai Majlis Bersama Pihak Pekerja dan seterusnya Majlis Bersama Jabatan Pejabat Kewangan Negeri dan juga panduan untuk urusan mesyuarat MBJ Pihak Pekerja.

KEAHLIAN

2. Ahli-ahli Pihak Pekerja adalah terdiri daripada pekerja-pekerja berjawatan tetap dan kontrak di Pejabat Kewangan Negeri melalui Mesyuarat Khas MBJ. Pemilihan ahli-ahli MBJ ini dilakukan oleh anggota Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan.

AHLI-AHLI PIHAK PEKERJA

3. Ahli-ahli yang dilantik adalah seramai 10 orang seperti berikut :
a) Pengerusi Pihak Pekerja merangkap Naib Pengerusi MBJ;
b) Setiausaha merangkap Setiausaha Bersama MBJ;
c) Wakil Kakitangan Kumpulan Sokongan Gred 22 - Gred 36 ( 2 wakil );
d) Wakil Kakitangan Kumpulan Sokongan Gred 17 ( 3 wakil );
e) Wakil Kakitangan Kumpulan Sokongan Gred 1 – Gred 4 ( 1 wakil ) dan
f) Wakil Kakitangan Kumpulan Sokongan Gred R3 – Gred R6 ( 1 wakil )

TEMPOH MEMEGANG JAWATAN

4. Tempoh memegang jawatan bagi ahli-ahli Pihak Pekerja adalah selama 2 tahun mulai dari tarikh pelantikan mereka. Pemilihan ahli baru hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh tamat tempoh memegang jawatan.

KEKOSONGAN JAWATAN

5. Jika terdapat kekosongan jawatan di dalam keanggotaan Pihak Pekerja, kekosongan tersebut hendaklah dilantik melalui mesyuarat MBJ Pihak Pekerja mengikut wakil jawatan masing-masing.

MESYUARAT

6. Mesyuarat bagi Pihak Pekerja adalah seperti berikut :

a) Mesyuarat bagi Pihak Pekerja hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun atau bila-bila masa sekiranya perlu.
b) Setiausaha MBJ boleh mempengerusikan mesyuarat bagi Pihak Pengerusi sekiranya Pengerusi Pihak Pekerja tidak dapat hadir.
c) Korum ahli mesyuarat hendaklah tidak kurang daripada 1/4 daripada ahli tidak termasuk Pengerusi dan Setiausaha.
d) Keputusan mesyuarat akan dibawa ke Mesyuarat MBJ dalam masa 1 minggu sebelum mesyuarat MBJ Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan diadakan.

PINDAAN PERATURAN DAN PINDAAN

7. Peraturan yang diwujudkan dan sebarang pindaan hendaklah mendapat persetujuan YB. Pegawai Kewangan Negeri.
Pencapaian Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dari Tahun 2009 hingga 2011