Cek atas nama jabatan - Pembantu Tadbir Kanan / Pembantu Tadbir dari Unit Kewangan jabatan berkenaan yang diberikuasa oleh Ketua Jabatan sahaja. Cek atas nama individu - Penama cek sendiri sahaja dan tunjukkan Kad Pengenalan. Cek atas nama kontraktor - Kontraktor sendiri atau wakil syarikat yang diberi kebenaran bertulis oleh syarikat serta bawa cop syarikat/kontraktor dan tunjukkan Kad Pengenalan. Cek atas nama Bank/MARA - Kontraktor boleh mengambil cek dengan mengemukakan : Surat kebenaran bertulis daripada BANK / MARA yang membenarkan mereka mengambil cek tersebut. Bawa cop syarikat / kontraktor serta tunjukkan Kad Pengenalan. |